CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 29, 2009

Sony Ericsson W205





Membawa anda ke rentak jalanan dalam stail Walkman sebenar. Isikan dengan music anda, sambungkan pada "stereo headphones" dan anda bersedia unutk bergerak.

Kenali Musik Anda
Lebih banyak music yang sama dengan keseronokan. Menggunkan Track ID untuk mengenali lagu yang anda tidak ketahui-tetapi ingin mendengar lagi.
Hiburan Radio
Tukar siaran radio anda ke siaran radio yang anda minati. Bila anda mendengar sesuatu yang anda minati, kenapa tidak rakamkan dan gunakan sebagai "ring tone" anda?
Kenalan Yang Ramai
Simpan beberapa kenalan yang anda kenali, walaupun anda dan keluarga anda menggunakan W205 yang sama. Anda juga boleh menggunakan satu kongsian dan empat kenalan privasi.
Spesifikasi
Saiz: 92.0x47.0x16.4mm
3.6x1.9x0.6 inci
Berat:96.0g
3.4oz
Skrin: 128x160 piksel
65,536-warna TFT
Warna: Hitam
Memori:Memory Stick Pro Micro (M2) menyokong
(sehingga 2GB)
Memori Telefon 5MB*
Kekuatan Bateri: Kekuatan bateri berdasarkan pada penggunaan
telefon
dan liputan. (*Akan diberitahu)
Liputan: Masa perbualan Masa bersedia Panggilan Video
(hingga) (hingga) (hingga)
GSM/GPRS 900/1800: 9 jam 425 jam Tiada

Sunday, May 3, 2009

Radio


Radio merupakan sejenis komunikasi yang menggunakan gelombang elektromagnet, atau isyarat-isyarat radio, untuk menghantar maklumat elektronik dari satu tempat ke satu tempat lain tanpa menggunakan wayar. Unit penghantar dipanggil pemancar (transmitter), manakala unit yang menukar isyarat radio ke bunyi yang boleh didengar dipanggil penerima (receiver). Biasanya, penerima adalah dirujuk sebagai satu "radio" atau peti radio.
Syarikat-syarikat yang menyiarkan (atau menghantar) muzik, berita, ceramah atau lain-lain bentuk radio yang sehala dipanggil stesen radio. Guglielmo Marconi dari Itali digelar sebagai pencipta radio.

Komputer Riba



Komputer riba (dikenal juga dengan istilah notebook/powerbook) adalah komputer bimbit (kecil dan dapat dibawa ke mana-mana dengan mudah)yang terintegrasi pada sebuah selongsong.Beratnya berkisar dari 1 hingga 6 kilogram tergantung dari ukuran, bahan dan spesifikasi. Sumber elektrik berasal dari bateri atau adapter A/C yang dapat digunakan untuk mengisi ulang bateri dan menyalakan komputer itu sendiri. Bateri komputer riba pada umumnya dapat bertahan sekitar 1 hingga 6 jam bergantung pada cara pemakaian, spesifikasi dan ukuran bateri.
Komponen yang terdapat di dalamnya adalah sama dengan yang terdapat pada komputer meja dengan ukuran yang diperkecil, lebih ringan, tidak panas dan jimat elektrik. Komputer riba kebanyakan menggunakan layar LCD (Liquid Crystal Display) berukuran 10 inci hingga 17 inci bergantung dari ukuran laptop itu sendiri. Selain itu, papan kekunci yang terdapat pada komputer riba juga dilengkap dengan pad sentuh yang berfungsi sebagai penggerak kursor tetikus. Papan kekunci dan tetikus tambahan dapat dipasang melalui soket USB.

Telefon Bimbit




Telefon bimbit (juga dikenali sebagai telefon tangan, telefon selular, telefon tanpa wayar) merupakan peranti elektronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel. Sebagai tambahan kepada fungsi suara piawai seperti telefon, telefon bimbit kini mampu menyokong banyak perkhidmatan GSM tambahan dan mempunyai ciri telefon bimbit tambahan, seperti khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket bagi capaian Internet, permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan Khidmat Pesanan Multimedia ("Multimedia Messaging Service-MMS")bagi menghantar dan menerima gambar dan video. Kebanyakan telefon mudah alih akan bersambung dengan jaringan selular pada stesyen pengkalan ("tapak sel"), yang kemudiannya bersambung dengan jaringan telefon suis awam ("public switched telephone network-PSTN") (pengecualian adalah telefon satelit)

Wednesday, April 29, 2009

Sejarah Ciptaan Telefon




Telefon berasal daripada (bahasa Yunani- tele= jauh dan phone = suara) adalah alat telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan menerima bunyi (kebiasaannya suara dan percakapan) pada jarak jauh tanpa terikat, secara bebas. Kebanyakan telefon beroperasi melalui pemancaran isyarat elektrik melalui jaringan telefon rumit yang membenarkan sebarang penggunaan telefon untuk berhubung dengan hampir kesemua yang lain. Terdapat telefon awam yang mana mengutip sedikit bayaran, menurut tempoh penggunaan, bagi kegunaan orang awam yang tidak memiliki telefon. Telefon telah diciptakan sejak tahun 1876 sekali gus yang dicipta oleh Alexander Graham Bell yang membolehkan seluruh dunia berhubung antara satu sama lain walaupun mereka berjauhan. Teknologi telekomunikasi berkembang dengan pesat dan inovasinya diperaharui oleh individu untuk memudahkan manusia untuk berhubung.

Monday, April 27, 2009

Kod Morse



Kod morse ialah pengekodan aksara bagi memancarkan maklumat telegra dengan menggunakan urutan-urutan elemen panjang pendek yang terselaras untuk melambangkan huruf, angka, tanda baca dan aksara khas dari mesej yang diberi. Elemen panjang pendek ini boleh dibentuk melalui bunyi, tanda-tanda atau nadi, secara penguncian buka tutup.



Kod Morse Antarabangsa terdiri daripada lima elemen:




1. tanda pendek, titik atau 'dit' (.) ---- panjang seunit



2. tanda panjang, sengkang atau 'dah' (-) --- panjang tiga unit



3. jurang dalam aksara (antara titik dan sengkang dalam satu aksara) ---- panjang seunit



4. jurang pendek (antara huruf) --- panjang tiga unit



5. jurang sederhana (antara perkataan) ------- panjang tujuh unit

(Petikan dari Wikipedia 2009)



Monday, April 6, 2009

Kejuruteraan Telekomunikasi








Kejuruteraan telekomunikasi memfokuskan kepada transmisi terhadap telekomunikasi melintasi "channel" seperti kable coax,optical fibre atau free space. Ruangan udara transmisi memerlukan informasi kod baru untuk membawa gelombang dengan mempercepatkan informasi frekuensi yang lain untuk menyesuaikan transmisi, ini dikenali sebagai modulasi. Teknik modulasi analog popular kecuali modulasi amplitude dan modulasi frekuensi.