CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 8, 2009

Nikon D700




Nikon D700 menampilkan ciri-ciri format-FX yang sebelum ini telah diperkenalkan di dalam kamera Nikon D3. Ciri-ciri ini menampilkan kualiti imej yang lebih baik, bunyi yang senyap, sensitif ISO yang tinggi, kelajuan mengambil gambar berterusan yang tinggi, dan ketajaman imej. Kamera ini semestinya untuk seorang profesional kerana hampir kesemuanya manual. Kamera Nikon D700 tidak didatangkan sekali dengan lensanya. Harga bagi badan kamera ini ialah RM 8,595.

Ciri -ciri :
- 12.1 megapiksel format-FX dengan pengesan CMOS
- sensitiviti ISO 200 hingga 6400
- mengambil gambar berterusan 5 frem sesaat
- 51-point AF sistem
- autofokus, auto exposure dan auto white balance

Nikon D300



Kamera Nikon D300 adalah sebuah kamera digital untuk pengguna yang ingin melangkah ke arah professional. Kamera ini telah dinaik taraf daripada kamera lama, iaitu Nikon D200. Perbezaan kamera D300 dengan D200 tidak ketara. Kamera ini tidak didatangkan sekali dengan lensa. Harga bagi sebiji kamera ini ialah RM 4750. Perubahan terkini yang terdapat pada kamera ini seperti kualiti imej yang lebih baik, teknologi pelbagai guna dan respon yang pantas terhadap sekeliling. Dengan 12.3 megapiksel, kelajuan 6 frem sesaat, unit pengesan pencuci, dan definasi 3" VGA LCD yang tinggi cukup sempurna bagi pengguna yang ingin melangkah ke dalam profesional.


Ciri-ciri :

- 12.3 megapiksel dengan format DX Nikon CMOS pengesan imej

- auto exposure dan auto white balance

- sistem autofokus 51-point

- shutter speed 1/8,ooo

- built-in Speedlight dengan i-TTL control