CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 29, 2009

Sejarah Ciptaan Telefon




Telefon berasal daripada (bahasa Yunani- tele= jauh dan phone = suara) adalah alat telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan menerima bunyi (kebiasaannya suara dan percakapan) pada jarak jauh tanpa terikat, secara bebas. Kebanyakan telefon beroperasi melalui pemancaran isyarat elektrik melalui jaringan telefon rumit yang membenarkan sebarang penggunaan telefon untuk berhubung dengan hampir kesemua yang lain. Terdapat telefon awam yang mana mengutip sedikit bayaran, menurut tempoh penggunaan, bagi kegunaan orang awam yang tidak memiliki telefon. Telefon telah diciptakan sejak tahun 1876 sekali gus yang dicipta oleh Alexander Graham Bell yang membolehkan seluruh dunia berhubung antara satu sama lain walaupun mereka berjauhan. Teknologi telekomunikasi berkembang dengan pesat dan inovasinya diperaharui oleh individu untuk memudahkan manusia untuk berhubung.

Monday, April 27, 2009

Kod Morse



Kod morse ialah pengekodan aksara bagi memancarkan maklumat telegra dengan menggunakan urutan-urutan elemen panjang pendek yang terselaras untuk melambangkan huruf, angka, tanda baca dan aksara khas dari mesej yang diberi. Elemen panjang pendek ini boleh dibentuk melalui bunyi, tanda-tanda atau nadi, secara penguncian buka tutup.



Kod Morse Antarabangsa terdiri daripada lima elemen:




1. tanda pendek, titik atau 'dit' (.) ---- panjang seunit



2. tanda panjang, sengkang atau 'dah' (-) --- panjang tiga unit



3. jurang dalam aksara (antara titik dan sengkang dalam satu aksara) ---- panjang seunit



4. jurang pendek (antara huruf) --- panjang tiga unit



5. jurang sederhana (antara perkataan) ------- panjang tujuh unit

(Petikan dari Wikipedia 2009)



Monday, April 6, 2009

Kejuruteraan Telekomunikasi








Kejuruteraan telekomunikasi memfokuskan kepada transmisi terhadap telekomunikasi melintasi "channel" seperti kable coax,optical fibre atau free space. Ruangan udara transmisi memerlukan informasi kod baru untuk membawa gelombang dengan mempercepatkan informasi frekuensi yang lain untuk menyesuaikan transmisi, ini dikenali sebagai modulasi. Teknik modulasi analog popular kecuali modulasi amplitude dan modulasi frekuensi.