CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 3, 2009

Radio


Radio merupakan sejenis komunikasi yang menggunakan gelombang elektromagnet, atau isyarat-isyarat radio, untuk menghantar maklumat elektronik dari satu tempat ke satu tempat lain tanpa menggunakan wayar. Unit penghantar dipanggil pemancar (transmitter), manakala unit yang menukar isyarat radio ke bunyi yang boleh didengar dipanggil penerima (receiver). Biasanya, penerima adalah dirujuk sebagai satu "radio" atau peti radio.
Syarikat-syarikat yang menyiarkan (atau menghantar) muzik, berita, ceramah atau lain-lain bentuk radio yang sehala dipanggil stesen radio. Guglielmo Marconi dari Itali digelar sebagai pencipta radio.

Komputer Riba



Komputer riba (dikenal juga dengan istilah notebook/powerbook) adalah komputer bimbit (kecil dan dapat dibawa ke mana-mana dengan mudah)yang terintegrasi pada sebuah selongsong.Beratnya berkisar dari 1 hingga 6 kilogram tergantung dari ukuran, bahan dan spesifikasi. Sumber elektrik berasal dari bateri atau adapter A/C yang dapat digunakan untuk mengisi ulang bateri dan menyalakan komputer itu sendiri. Bateri komputer riba pada umumnya dapat bertahan sekitar 1 hingga 6 jam bergantung pada cara pemakaian, spesifikasi dan ukuran bateri.
Komponen yang terdapat di dalamnya adalah sama dengan yang terdapat pada komputer meja dengan ukuran yang diperkecil, lebih ringan, tidak panas dan jimat elektrik. Komputer riba kebanyakan menggunakan layar LCD (Liquid Crystal Display) berukuran 10 inci hingga 17 inci bergantung dari ukuran laptop itu sendiri. Selain itu, papan kekunci yang terdapat pada komputer riba juga dilengkap dengan pad sentuh yang berfungsi sebagai penggerak kursor tetikus. Papan kekunci dan tetikus tambahan dapat dipasang melalui soket USB.

Telefon Bimbit




Telefon bimbit (juga dikenali sebagai telefon tangan, telefon selular, telefon tanpa wayar) merupakan peranti elektronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel. Sebagai tambahan kepada fungsi suara piawai seperti telefon, telefon bimbit kini mampu menyokong banyak perkhidmatan GSM tambahan dan mempunyai ciri telefon bimbit tambahan, seperti khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket bagi capaian Internet, permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan Khidmat Pesanan Multimedia ("Multimedia Messaging Service-MMS")bagi menghantar dan menerima gambar dan video. Kebanyakan telefon mudah alih akan bersambung dengan jaringan selular pada stesyen pengkalan ("tapak sel"), yang kemudiannya bersambung dengan jaringan telefon suis awam ("public switched telephone network-PSTN") (pengecualian adalah telefon satelit)